Monday, 26 May 2014

PENGENALAN TABIKA PERPADUAN KARAK II


PENGENALAN
JABATAN  PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL  
Kronologi kewujudan Jabatan Perpaduan di  Malaysia.

 Tarikh
Perkara
1 Julai 1969 
Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1972 
Kementerian Perpaduan Negara
1974 
Lembaga Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1980
Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1983
Jabatan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1990
Jabatan Perpaduan Negara (Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat)
2004
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)
2008
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Kementerian Perpaduan,   Kebudayaan, Kesenian & Warisan)
April 2009
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)


PENGENALAN

TABIKA PERPADUAN DI  MALAYSIA

Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-kanak) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat di mana  sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga.

Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

PENUBUHAN  TABIKA PERPADUAN KARAK II 
          Atas  kesinambungan  kewujudan Tabika Perpaduan  di Malaysia. Ekoran dari itu maka TABIKA PERPADUAN KARAK  II  dibuka pada tahun 1990  bagi mencapai hasrat Jabatan Perpaduan . Pada masa itu lebih kurang  13 buah  sahaja Tabika Perpaduan  di daerah Bentong. Tabika ini bertempat di Balairaya Karak sehingga  tahun 2000.   Tabika ini di pindahkan  ke Quartes JKR Lama  dari dua buah quartes kepada tiga quartes setelah dinaik taraf  pada tahun 2011. 
      
          Tabika ini dibuka bagi menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun untuk membolehkan   mereka menghayati nilai perpaduan, hidup bermasyarakat dalam pelbagai kaum sebagai  persediaan  ke alam  persekolahan formal. Disamping itu juga sebagai penggalak persefahaman  kepada interakasi ibubapa dengan penglibatan mereka melalui Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) .

            Tabika ini  sudah menjangkau usia 24 tahun. Telah  melahirkan murid yang berjawatan  seperti Doktor, pensyarah,pegawai dan sebagainya ,di samping itu , anak murid yang terdahulunya belajar di sini  juga telah menghantar anak mereka ke sini sebagai generasi ke – 2. 

Kronologi  guru yang bertugas di tabika ini :-


1.    1990 – 1996

Zainap  binti  Ali (Guru) ;dan 

Marina binti  Kassim (Penolong Guru)

2.    1996 – 2000

Zainap binti  Ali  (Guru); dan (Bersara)

Napisah  binti Shaari (Penolong Guru)

3.    2000 – 2004

Aminah binti  Abdul Rahman (Guru) ;dan

Napisah  binti Shaari (Penolong Guru)

4.    2004 – 2013

Aminah binti  Abdul Rahman (Guru) ;dan (bersara)

Nor liza binti  Ismail (Penolong Guru)

5.    2013 – kini

Napisah  binti Shaari (Guru) ;dan

Norliza  binti   Ismail .(penolong guru)













                                                                                                   





                                                                                                                             

No comments:

Post a Comment